Skip to content

 

Kastam Perlis Terus Ungguli Persada KMK
Written by Administrator   
Tuesday, 05 June 2007

Image
KMK G2...merangkul juara buat kali keempat
Kangar, 5 Jun - Kumpulan KMK G2 yang mewakili KDRM Perlis di Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)  Sektor Awam  Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Besar, Kompleks Warisan Negeri  di sini sekali lagi mencatatkan sejarah apabila diumumkan sebagai juara bagi Kategori Pengurusan bagi Tahun 2007.

KMK G2 yang diwakili oleh sepuluh ahli dengan Pegawai Kastam Tinggi, Azmy Said sebagai Ketua Kumpulan telah menewaskan lima  kumpulan lain bagi Kategori Pengurusan dengan tajuk projek mereka iaitu 'Pengendalian dan kawalan ke atas kemudahan pengecualian di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967 tidak sistematik'.

Fasilitator kumpulan tersebut, Tuan Azmi Ahmad turut diumumkan sebagai fasilitator terbaik bagi Kategori Pengurusan pada konvensyen kali ke 20 itu.

KMK G2 telah menerima hadiah Piala Pusingan Johan KMK Pengurusan daripada Kerajaan Negeri Perlis disamping piala iringan serta wang tunai sebanyak RM 1,000. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Musa Hasan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis yang mewakili YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Last Updated ( Wednesday, 06 June 2007 )
Read more...
 
Tamu Selasa: Dasar Integriti Capai Matlamat
Written by Saufi Hamzah - Berita Harian   
Tuesday, 29 May 2007

Ketua Pengarah KDRM mahu pegawai terap budaya kerja bersih

Bersama Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid

 Image

Sejak KDRM memperkenalkan sistem saman perilaku, kualiti dan pengurusan yang ada kaitan dengan disiplin, sejauh mana Datuk Seri melihat keberkesanan sistem dan berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan?

Saman pengurusan yang dikeluarkan KDRM ialah mekanisme kita menegur kakitangan. Saya dapati masalah kita bukan tak ada peraturan, tetapi ia bukan tradisi kita rasa selesa untuk menegur. Kita memang suka memuji, tetapi bila nak menegur kita tak upaya, ia budaya dalam banyak agensi termasuk KDRM. Jadi, saman pengurusan, perilaku dan kualiti adalah satu mekanisme jabatan untuk memberitahu pegawai mengenai kesalahan dan kesilapan yang sudah dilakukan serta menunjukkan pengurusan tahu kesalahan dibuat dan memantau kesalahan itu. Pegawai yang terima saman ini boleh menjadikan ia isyarat bahawa (kesalahan) dia bukanlah dibiarkan begitu saja.

Last Updated ( Tuesday, 05 June 2007 )
Read more...
 
Rombongan JACTIM Kunjungi Padang Besar
Written by Azmi Ahmad   
Monday, 28 May 2007

Image
Taklimat kepada ahli JACTIM...(gambar oleh Md.Yusof Mamat)
KDRM Perlis sekali lagi menerima kunjungan tetamu luar, kali ini dari Japanese Chamber of Trade And Industries Malaysia atau JACTIM yang mengadakan 'observation tour' mereka ke Padang Besar pada 18 Mei 2007 lalu.

Ini merupakan lawatan kali kedua rombongan dari JACTIM ke Padang Besar. Kali pertama dulu adalah pada 5 September 2002 dimana pada ketika itu lawatan mereka  adalah bertujuan untuk meninjau kemudahan pelepasan kastam di Stesen Padang Besar.

Rombongan JACTIM kali ini diketuai oleh Tuan Tsuneo Tanaka, Pengerusi Bahagian Penyelidikan JACTIM yang juga merupakan Pengerusi Japan External Trade Organisation (JETRO) yang berpejabat di Kuala Lumpur.

Last Updated ( Tuesday, 29 May 2007 )
Read more...
 
Pengarah Kastam Perlis Dianugerah Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP)
Written by Administrator   
Thursday, 17 May 2007

ImagePengarah Kastam Perlis, Tuan Haji Mohamad Ali Hashim hari ini dianugerahkan darjah Setia Mahkota Perlis  atau SMP.

Beliau adalah antara 22 orang penerima darjah tersebut daripada seramai 468 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-64 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, di Istana Arau, di sini, hari ini.

Seluruh warga Kastam Perlis mengucapkan setinggi tahniah kepada Tuan Haji Mohammad Ali di atas penganugerahan tersebut.
 

Last Updated ( Thursday, 17 May 2007 )
 
Self-Branding pelengkap Kecemerlangan Diri
Written by Azmi Ahmad   
Wednesday, 16 May 2007

Image"Selain daripada cemerlang dan Integriti di dalam diri, kita juga harus mempunyai self-branding  bagi melengkapkan kecemerlangan yang dimiliki," tegas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Dato' Haji Wazir Muaz sewaktu berucap di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDRM Perlis 2006 di Dewan Dato' Mohd.Nor Abd.Hamid, Taman Kastam Tiga, Padang Besar malam tadi.

"Self-branding seseorang pegawai itu bukan saja setakat menjadi pakar rujuk dalam sesuatu bidang perkastaman malah mencakup ke bidang-bidang lain yang menonjolkan keistimewaan dan keunikan individu tersebut berbanding dengan yang lain. Inilah antara ciri-ciri Gold Collar Worker  yang kita ingin miliki,"Ujar beliau lagi.

Last Updated ( Friday, 18 May 2007 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>

Results 61 - 70 of 83

Webmail

Login

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Aktiviti KDRM Perlis

 

Info Terkini

Bengkel MKSP ISO 9001:2008 KDRM PERLIS - 12 Oktober - 14 Oktober 2009

LAWATAN AUDIT MAMPU UNTUK PROJEK KMK PERINGKAT KEBANGSAAN- 26 Oktober 2009

AUDIT MS ISO 9001:2008 DARI SIRIM QAS SDN BHD- 28 Oktober - 29 Oktober 2009

Kalendar Aktiviti

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Galeri Foto

Mutiara Kata

"Men learn nothing from victories, but everything from defeat" - Tsun Zu

"Nothing great was ever achieved without enthusiasm" - Ralph Emerson

"Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion" - Muhammad Ali

"Death is nothing, but to live defeated and inglorious is to die daily" - Napoleon Bonaparte

"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning" - Albert Einstein

"You have to do your own growing no matter how tall your grandfather was" - Abraham Lincoln

"Patience is the support of weakness; impatience the ruin of strength" - Charles Colton

"But all your strength is weakness itself against" - Sophocles

"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya" - Mahathir Mohamad

Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for.
Peter F. Drucker

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Kaizen is like a hotbed that nurtures small and ongoing changes, while innovation is like magma that appears in abrupt eruptions from time to time.
Masaaki Ima

It is the quality of our work which will please God and not the quantity.
Mahatma Gandhi

Quality means doing it right when no one is looking.
Henry Ford

If you can not describe what you are doing as a process, you do not know what you are doing.
W. Edwards Deming

 

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Quality is not an act. It is habit.
Aristotle

We have 13 guests online