|
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menerima banyak aduan daripada orang ramai dan syarikat-syarikat mengenai adanya kegiatan mengutip derma, sama ada melalui penjualan iklan, jualan meja dan lain-lain, oleh beberapa orang atau persatuan yang mendakwa daripada atau mewakili KDRM.
3. KDRM ingin menegaskan bahawa Jabatan ini tidak ada kena mengena dengan kegiatan kutipan derma tersebut. Pertubuhan-pertubuhan di mana Ketua Pengarah Kastam Pengarah Kastam Negeri, dan/atau mana-mana Pengarah Kastam sebagai Pengerusi (seperti Yayasan Kebajikan Kastam, Majlis Sukan dan Kebajikan Kastam dan Persatuan Penduduk Kediaman Kastam) sememangnya tidak memungut derma daripada orang ramai dan pelanggan termasuk pembayar cukai.
4. Pertubuhan-pertubuhan dalam agensi awam sebenarnya tertakluk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sejak 1987 lagi, yang antaranya menyatakan :-
i) semua permohonan untuk kutipan derma hendaklah mendapat kebenaran kementerian-kementerian berkenaan (misalnya, kutipan derma untuk aktiviti sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan
ii) Kutipan tidak boleh mengunakan orang perantaraan atau pihak ketiga (canvasses).
iii) Kutipan hendaklah dibuat tanpa menggunakan unsur-unsur kekerasan, ugutan dan ancaman.
5. Oleh itu, orang awam yang masih merasa ragu-ragu sekiranya didatangi oleh pihak-pihak yang mengaku mengutip derma bagi Jabatan atau pertubuhan dalaman Jabatan KDRM, boleh berhubung dengan :
Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Aras 7 Utara,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.3, Persiaran Perdana, Presint 2,
62596 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel no : 03-88822412/13/14
Emel :
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
|