Skip to content

 

Ketua Pengarah Kastam Melawat KDRM Perlis
Written by Azmi Ahmad   
Monday, 03 November 2008

Image

Y.Bhg Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Ibrahim Jaapar telah melakukan lawatan kerja selama 2 hari ke Perlis pada 30 dan 31 Oktober 2008 lalu. Ini merupakan lawatan sulung Y.Bhg Dato' Ibrahim ke Perlis sejak dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Kastam Malaysia mulai  3 Oktober 2008 yang lalu.

 

Last Updated ( Thursday, 13 November 2008 )
Read more...
 
MS ISO 9001:2000 : KDRM Perlis Tambah Skop Pensijilan Dan Dua Lokasi Baru
Written by Azmi Ahmad   
Monday, 03 November 2008

ImageKDRM Perlis khususnya lokasi pusat-pusat pelaksana MS ISO 9001:2000 sekali lagi berjaya dalam sesi pengauditan daripada pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd apabila tidak terdapat sebarang ketidakpatuhan atau NCR ditemui di lokasi-lokasi yang diaudit sepanjang tempoh pengauditan pada 29 hingga 31 Oktober 2008 lalu.

Sesi pengauditan kali ini yang diketuai oleh YM Tengku Aidil Al-Haj Tengku Amiruddin, bukan saja merupakan sesi audit pengawasan atau surveillance audit seperti yang disyaratkan pada setiap tahun malah meliputi auditan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di lokasi baru iaitu Unit Dagangan Jalanraya dan Stesen Wang Kelian bagi tujuan penambahan skop pensijilan.

Last Updated ( Monday, 03 November 2008 )
Read more...
 
730 Ketul Ganja Mampat bernilai RM 1.4 Juta Dilupuskan
Written by Administrator   
Saturday, 11 October 2008

Image

KASTAM Diraja Malaysia (KDRM) Perlis melupuskan 730 ketulan ganja mampat bernilai RM1.4 juta menggunakan insinerator khas ciptaan syarikat Bumiputera, ABM Mix Trading di perkarangan Pejabat KDRM Kuala Perlis pada petang Khamis, 9 Oktober 2008 lalu. (Petikan dari Berita Harian Online-11 Oktober 2008)

Last Updated ( Saturday, 11 October 2008 )
 
Tahniah !!..Dato' Ibrahim Jaapar Dilantik Ketua Pengarah Kastam Malaysia
Written by Administrator   
Friday, 03 October 2008

Image KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Datuk Ibrahim Jaapar, Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang bersara Mei lepas, dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam menggantikan Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 2 Okt ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pelantikan Ibrahim berkuatkuasa 3 Okt bagi tempoh dua tahun. Katanya pelantikan Ibrahim berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepimpinan beliau yang selari dengan perkembangan semasa dan hala tuju Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab memungut hasil negara.

"Ini meliputi pelbagai pembaharuan dan perubahan budaya kerja terutamanya untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dan membentuk kepuasan bekerja di kalangan warga Kastam," kata Sidek.

Ibrahim, 56, berkelulusan ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari St Louis University, Amerika Syarikat, dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menyertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 1 Julai 1976 sebagai Penolong Penguasa Kastam.

 Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah sebagai Penguasa Kastam Kanan, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor (1982); Ketua Stesen Padang Besar, Perlis/Kedah (1988); Penolong Kanan Pengarah Kastam, Pulau Pinang (1989); Timbalan Pengarah Perjawatan, Ibu Pejabat KDRM (1994); Pengarah Cukai Dalaman, Ibu Pejabat KDRM (1995); Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah (1997); Pengarah Kastam Negeri Sabah (2000); Pengarah Kastam Negeri Johor (2001); Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Kewangan, Ibu Pejabat KDRM (2003) dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Operasi) (2005). Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) pada 11 Julai 2007 sehingga bersara wajib setelah mencapai umur 56 tahun pada 25 Mei lepas.

Sidek berkata pengalaman dan pengetahuan Ibrahim akan membolehkan beliau mengetuai pentadbiran Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan cekap dan penuh integriti, khususnya dalam meneruskan usaha dan pelaksanaan program-program jabatan itu selari dengan wawasan, aspirasi dan misi negara. -- BERNAMA

Last Updated ( Friday, 03 October 2008 )
 
Pegawai Pencegah dan Cukai Dalaman Didedahkan Tatacara Penggunaan Handheld Terminal
Written by Azmi Ahmad   
Saturday, 06 September 2008

Image

KDRM Perlis dengan kerjasama Syarikat Sapura Secured Technologies baru-baru ini mengadakan Kursus Pengguna GIRN bagi Pegawai-Pegawai KDRM Perlis. Kursus yang berlangsung pada 28 dan 29 Ogos 2008 tersebut dihadiri seramai 40 pegawai daripada Bahagian Pencegahan dan Bahagian Cukai Dalaman, Perlis. 

Dua orang pegawai daripada Sapura Secured Technologies iaitu Tuan Syed Shamsulharis Syed Hamid dan Cik Shahrinaz Eliza Saadon mengendalikan kursus dua hari tersebut. Sepanjang kursus berlangsung, peserta kursus telah didedahkan kepada tatacara penggunaan Handheld Terminal Sepura model SRH3500 yang berfungsi melalui rangkaian GIRN (Government Integrated Radio Network).

Last Updated ( Sunday, 21 September 2008 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>

Results 31 - 40 of 83

Webmail

Login

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Aktiviti KDRM Perlis

 

Info Terkini

Bengkel MKSP ISO 9001:2008 KDRM PERLIS - 12 Oktober - 14 Oktober 2009

LAWATAN AUDIT MAMPU UNTUK PROJEK KMK PERINGKAT KEBANGSAAN- 26 Oktober 2009

AUDIT MS ISO 9001:2008 DARI SIRIM QAS SDN BHD- 28 Oktober - 29 Oktober 2009

Kalendar Aktiviti

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Galeri Foto

Mutiara Kata

"Men learn nothing from victories, but everything from defeat" - Tsun Zu

"Nothing great was ever achieved without enthusiasm" - Ralph Emerson

"Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion" - Muhammad Ali

"Death is nothing, but to live defeated and inglorious is to die daily" - Napoleon Bonaparte

"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning" - Albert Einstein

"You have to do your own growing no matter how tall your grandfather was" - Abraham Lincoln

"Patience is the support of weakness; impatience the ruin of strength" - Charles Colton

"But all your strength is weakness itself against" - Sophocles

"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya" - Mahathir Mohamad

Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for.
Peter F. Drucker

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Kaizen is like a hotbed that nurtures small and ongoing changes, while innovation is like magma that appears in abrupt eruptions from time to time.
Masaaki Ima

It is the quality of our work which will please God and not the quantity.
Mahatma Gandhi

Quality means doing it right when no one is looking.
Henry Ford

If you can not describe what you are doing as a process, you do not know what you are doing.
W. Edwards Deming

 

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Quality is not an act. It is habit.
Aristotle

We have 5 guests online