Skip to content

 

Tuan Mohd.Isa Hadiri Sesi Mesyuarat WCO Di Brussels
Written by Azmi Ahmad   
Tuesday, 24 February 2009

Image Pengarah Kastam Negeri Perlis, Tuan Mohd.Isa Endot telah dipilih menyertai delegasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke Mesyuarat 28th Session Of Enforcement Committee, World Customs Organization di Brussels dari 23 Februari hingga 27 Februari 2009. Delegasi KDRM Malaysia ke mesyuarat tersebut dketuai oleh Dato' Hajah Mardina Haji Alwi, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri).

“Mesyuarat WCO sesi ke 28 kali ini adalah bertemakan ' PARTNERSHIP, PRIORITIZATION AND INFORMATION SHARING - KEY FACTORS IN GLOBAL LAW ENFORCEMENT”'.

Bagi pihak semua Pegawai dan Kakitangan KDRM Perlis, kita ucapkan selamat maju jaya dan selamat bermesyuarat kepada Tuan Mohd. Isa.

Last Updated ( Wednesday, 25 February 2009 )
 
Kastam Perlis Meriahkan Sambutan Hari Kastam Thailand
Written by Azmi Ahmad   
Monday, 23 February 2009

Image

Hubungan mesra yang terjalin di antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perlis dan Kastam Diraja Thailand terus dipereratkan melalui aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kedua-dua belah pihak.

Contohnya, pada 21 Februari 2009 lalu bertempat di Kompleks Sukan dan Rekreasi, Daerah Betong, Wilayah Yala, Selatan Thai telah berlangsung Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 135 Penubuhan Jabatan Kastam Diraja Thailand bagi peringkat Wilayah 4, Kastam Thailand. 

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Thailand dengan dihadiri oleh 16 Pengarah Kastam bagi  setiap  Customs House yang terletak di bawah Pentadbiran Kastam Wilayah 4, Songkla. Sempena majlis tersebut, pihak Pentadbiran Kastam Wilayah 4 turut mengundang tiga pentadbiran Kastam di Negeri Sempadan iaitu Perlis, Kedah dan Perak untuk turut sama memeriahkan sambutan tersebut.

 

Last Updated ( Wednesday, 25 February 2009 )
Read more...
 
Empat Pegawai Tertinggi KDRM Terima Watikah Daripada Ketua Pengarah Kastam
Written by CKA Info, UPA Ibu Pejabat   
Friday, 13 February 2009

 Seramai 4 Pegawai Tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerima watikah perlantikan dari YBhg Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Jaapar, Ketua Pengarah Kastam pada satu majlis penyerahan watikah yang telah berlangsung di Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat KDRM, Putrajaya pada 3 Februari 2009.

 Mendahului penerima watikah perlantikan adalah YBhg Dato’ Haji Mohamed Khalid bin Haji Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Operasi ) Gred Utama B ke Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Penguatkuasaan dan Pematuhan ) Memangku Gred Utama A berkuatkuasa pada 01 Febuari 2009.

YBhg Dato’ Hajah Mardina binti Haji Alwi pula menerima watikah perlantikan dari Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Pencegahan ) Gred Utama B ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Perkastaman/Cukai Dalam Negeri ) Gred yang sama berkuatkuasa mulai 01 Febuari 2009.

Sementara itu Tuan Khazali bin Ahmad telah menerima watikah perlantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Pengurusan ) Memangku Gred Utama B. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 16 Januari 2009.

Turut menerima watikah perlantikan adalah YBhg Datuk Md.Hassim bin Pardi, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat ( Gred Utama C ) ke jawatan Penolong Ketua Pengarah Kastam Penguatkuasaan ( Memangku Gred Utama B ) mulai 01 Febuari 2009.

(Petikan dari CKA Info Bil.3/2009)

Last Updated ( Friday, 13 February 2009 )
 
KDRM Kutip Hasil RM28.6b Tahun Lalu
Written by Administrator   
Sunday, 08 February 2009

PETALING JAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mencipta sejarah apabila mengutip hasil sebanyak RM28.6 bilion tahun lalu, pencapaian tertinggi setakat ini dan juga meningkat 21 peratus berbanding RM23.7 bilion pada 2007.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jabatan itu mengunjurkan kutipan RM28 bilion tahun ini dan sudah berjaya memungut RM2.85 bilion pada bulan lalu.

Beliau berkata, KDRM sedia untuk berusaha keras mencapai sasaran kutipan berkenaan, walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Saya percaya dengan strategi digubal dan peralatan lebih canggih, pengurusan yang baik, insya-Allah sasaran ini dapat dicapai... mungkin lebih daripada itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia Ke-27 di Kompleks KDRM di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Ibrahim Jaapar.

Sambutan tahun ini bertema ‘Kastam dan Alam Sekitar: Melindungi Warisan Semula Jadi’ sebagai menzahirkan komitmen KDRM kepada dunia untuk bersama membanteras kegiatan jenayah alam sekitar.

Berhubung keperluan jabatan itu untuk mendapatkan tambahan peralatan kerja yang canggih serta terkini, termasuk mesin pengimbas bagi meningkatkan kecekapan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan munasabah dan perbincangan mengenainya sedang dibuat dengan KDRM.

Mengenai usaha kerajaan menjadikan Malaysia mesra pelabur, terutama dalam krisis ekonomi global sekarang, beliau berkata, langkah itu termasuk promosi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Satu lagi dasar menjurus ke arah menarik pelaburan dan proses liberalisasi umpamanya bertujuan menggalakkan pelaburan luar. Pewujudan Jawatankuasa Kabinet mengenai projek berimpak tinggi memberi insentif tambahan kepada pelabur yang ingin membawa pelaburan berimpak tinggi kepada ekonomi negara sama ada dari segi nilai, teknologi atau bilangan pekerjaan peringkat ‘knowledge workers’.

 (Berita Harian Online : 8 Februari 2009)

Last Updated ( Sunday, 08 February 2009 )
 
Puan Rosnani Mahamad Kembali Ke Perlis
Written by Administrator   
Friday, 13 February 2009

 Image

Bagai sireh pulang ke gagang. Begitulah ungkapan yang seharusnya diberikan kepada Puan Rosnani Mahamad, Penolong Kanan Pengarah Kastam (1) yang bertukar daripada KDRM Pulau Pinang ke KDRM Perlis mulai 2 Februari 2009 lalu. Di KDRM Perlis, Puan Rosnani akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Kastam Negeri Perlis merangkap Ketua Bahagian Pencegahan.

Sebelum dinaikkan pangkat dan bertukar ke KDRM Pulau Pinang pada Ogos 2008 lalu, beliau adalah Ketua Kastam Stesen Padang Besar. Pengalaman serta kecemerlangan kerja beliau sepanjang berkhidmat di Jabatan Kastam diharapkan dapat membantu meninggikan lagi mutu perkhidmatan serta sistem penyampaian perkhidmatan di KDRM Perlis.

Last Updated ( Friday, 13 February 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>

Results 21 - 30 of 83

Webmail

Login

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Aktiviti KDRM Perlis

 

Info Terkini

Bengkel MKSP ISO 9001:2008 KDRM PERLIS - 12 Oktober - 14 Oktober 2009

LAWATAN AUDIT MAMPU UNTUK PROJEK KMK PERINGKAT KEBANGSAAN- 26 Oktober 2009

AUDIT MS ISO 9001:2008 DARI SIRIM QAS SDN BHD- 28 Oktober - 29 Oktober 2009

Kalendar Aktiviti

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Mutiara Kata

"Men learn nothing from victories, but everything from defeat" - Tsun Zu

"Nothing great was ever achieved without enthusiasm" - Ralph Emerson

"Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion" - Muhammad Ali

"Death is nothing, but to live defeated and inglorious is to die daily" - Napoleon Bonaparte

"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning" - Albert Einstein

"You have to do your own growing no matter how tall your grandfather was" - Abraham Lincoln

"Patience is the support of weakness; impatience the ruin of strength" - Charles Colton

"But all your strength is weakness itself against" - Sophocles

"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya" - Mahathir Mohamad

Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for.
Peter F. Drucker

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Kaizen is like a hotbed that nurtures small and ongoing changes, while innovation is like magma that appears in abrupt eruptions from time to time.
Masaaki Ima

It is the quality of our work which will please God and not the quantity.
Mahatma Gandhi

Quality means doing it right when no one is looking.
Henry Ford

If you can not describe what you are doing as a process, you do not know what you are doing.
W. Edwards Deming

 

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Quality is not an act. It is habit.
Aristotle

We have 2 guests online