Kumpulan KMK T2C dari Bahagian Penguatkuasaan, Perlis dan Kumpulan Evolusi'09 dari Agensi Kastam, UPP Perlis telah mengesahkan penyertaan mereka pada Konvensyen KMK Jabatan Kastam Malaysia 2009 yang akan di adakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia, Bukit Baru, Melaka.
Pada konvensyen tersebut T2C akan mengenengahkan projek KMK 'Pengendalian Stor Penguatkuasaan Kurang Efektif' sebagai projek bagi Kategori Teknikal manakala Kumpulan Evolusi'09 pula mengemukakan projek 'Kelewatan Penghantaran Surat Dari Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Ke Ibu Pejabat UPP Perlis Dan Sebaliknya' untuk projek Kategori Pengurusan.
Ini merupakan penyertaan sulung bagi kedua-dua kumpulan dalam mana-mana konvensyen KMK yang diadakan.
Kumpulan Koir An-Nur pimpinan Ku Zali Ku Bulat mewakili Stesen Padang Besar telah muncul sebagai Juara dalam Pertandingan Koir anjuran Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian, Kastam Diraja Malaysia Perlis yang berlangsung di Dewan Dato' Mohd. Noor Abd.Hamid, Taman Kastam 3, Padang Besar pada Jumaat, 31 Julai 2009 semalam.
Pertandingan yang julung kali diadakan ini menampilkan 4 Pasukan Koir yang masing-masing mewakili Stesen dan Bahagian Kastam Negeri Perlis.
Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Ilham Pujangga mewakili Stesen Kangar manakala Kumpulan UPP mewakili UPP Chuping/Padang Besar mendapat tempat ketiga. Kumpulan Suara Kuala mewakili Stesen Kastam Kuala Perlis muncul tempat keempat.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Kastam Negeri Perlis, Tuan Mohd. Isa Endot.
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) G2 (Jitu), Kastam Diraja Malaysia Perlis sekali lagi muncul juara pada Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Besar, Kompleks Warisan Negeri, Kangar pada 28 Julai 2009 lalu.
Kumpulan yang dianggotai oleh seramai 10 ahli dari Cawangan Import / Eksport Padang Besar itu diketuai oleh Radin Sukimi Che Saad dan fasilitator, Tuan Azmi Ahmad telah mempersembahkan projek bagi kategori teknikal bertajuk 'Kawalan Keluar Masuk Kenderaan Dagangan Di UDJR Kurang Berkesan'.
Dengan kejayaan tersebut, Kumpulan ini akan mewakili Negeri Perlis ke Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Kebangsaan yang dijangka diadakan di Ipoh, Perak pada akhir tahun 2009 nanti.
KANGAR ( Rabu Julai 29, 2009 ): Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM486,651 apabila menahan sebuah lori kontena di Jalan Padang BesarChuping, dekat sini, semalam.
Pengarah Kastam Negeri, Mohd Isa Endut, berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota cawangan penguatkuasaan Kastam Kuala Perlis telah menahan lori berkenaan pada pukul 7.15 malam dan hasil pemeriksaan, mendapati bekalan mercun dan bunga api dalam kontena itu.
PADANG BESAR: Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Bahagian Pencegah Padang Besar, menumpaskan sindiket penyeludupan telefon bimbit bernilai lebih RM4.5 juta di Sepang, Selangor, baru-baru ini. Sebanyak 10,000 unit telefon bimbit yang siap dipasang itu dipercayai diseludup dari China, sebelum dirampas berhampiran Terminal Kargo Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), 5 Mei lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa), Datuk Md Hashim Pardi, berkata sindiket itu bertindak mengemukakan dokumen pengimportan lebih 20 model telefon bimbit itu menerusi ikrar palsu iaitu menyatakan barangan papan kekunci dan komponen telefon bimbit.
Info Terkini
Bengkel MKSP ISO 9001:2008 KDRM PERLIS - 12 Oktober - 14 Oktober 2009
LAWATAN AUDIT MAMPU UNTUK PROJEK KMK PERINGKAT KEBANGSAAN- 26 Oktober 2009
AUDIT MS ISO 9001:2008 DARI SIRIM QAS SDN BHD- 28 Oktober - 29 Oktober 2009
"Men learn nothing from victories, but everything from defeat" - Tsun Zu
"Nothing great was ever achieved without enthusiasm" - Ralph Emerson
"Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion" - Muhammad Ali
"Death is nothing, but to live defeated and inglorious is to die daily" - Napoleon Bonaparte
"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning" - Albert Einstein
"You have to do your own growing no matter how tall your grandfather was" - Abraham Lincoln
"Patience is the support of weakness; impatience the ruin of strength" - Charles Colton
"But all your strength is weakness itself against" - Sophocles
"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya" - Mahathir Mohamad
Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for. Peter F. Drucker
High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances. D.A. Garvin
Kaizen is like a hotbed that nurtures small and ongoing changes, while innovation is like magma that appears in abrupt eruptions from time to time. Masaaki Ima
It is the quality of our work which will please God and not the quantity. Mahatma Gandhi
Quality means doing it right when no one is looking. Henry Ford
If you can not describe what you are doing as a process, you do not know what you are doing. W. Edwards Deming
Quality is not an act. It is habit. Aristotle