Perutusan Pengarah Kastam | Kata Aluan Pengarah Kastam Negeri Perlis |
|
|
|
| Written by Administrator | |
| Thursday, 19 August 2004 | |
|
Saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung laman web kastamperlis.gov.my ini. Laman ini dibangunkan sebagai saluran informasi di antara KDRM Perlis dengan anda semua. Laman web ini direkabentuk khusus bagi memudahkan penyaluran maklumat melalui talian khususnya bagi menyahut seruan kerajaan dalam konteks untuk menyokong pencapaian matlamat kerajaan Elektronik dengan meneroka kaedah-kaedah baru untuk menyampaikan maklumat dan perkhidmatan yang terkini dan berkualiti. Kami sentiasa mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan dari anda semua demi untuk penambahbaikan laman ini serta faedah para pengunjung di masa akan datang. Kepada pihak Admin dan Webmaster yang begitu tekun dan sabar dalam menyediakan laman ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih di atas usaha gigih mereka itu. Sekian. Selamat Melayari.
Mohd. Isa bin Endot Pengarah Kastam Negeri, Perlis
|
|
| Last Updated ( Monday, 03 March 2008 ) |
| Login |