| Unit Latihan JKDM Perlis Anjur Kursus Induksi Khusus Untuk Pegawai Lantikan Baru |
|
|
|
| Written by Azmi Ahmad | |
| Monday, 08 February 2010 | |
|
Seramai 19 Pegawai lantikan baru yang melaporkan diri bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perlis sejak November 2009 lalu telah selamat menjalani Kursus Induksi Khusus yang berlangsung selama 4 hari dari 1 hingga 4 Februari 2010 lalu. Mereka terdiri daripada 4 Penguasa Kastam W41, 4 Penolong Penguasa Kastam W27, 9 Pembantu Penguasa Kastam W17 dan 2 Pembantu Tadbir N17. Kursus dikendalikan oleh Unit Latihan, Bahagian Pengurusan, JKDM Perlis yang diketuai oleh Puan Azizah Othman, Penolong Pengarah Kastam (Pengurusan). Sepanjang tempoh berkursus, para pegawai tersebut telah didedahkan secara asas berhubung dengan aktiviti dan peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai agensi pemungut cukai negara yang mana telah disampaikan oleh beberapa orang pensyarah jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian dan cawangan JKDM Perlis. Majlis perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Kastam Negeri, Tuan Mohd Isa Endot pada 4 Februari 2010. |
|
| Last Updated ( Monday, 08 February 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|