| JKDM Perlis Hargai Warga Jabatan dan Pelanggan |
|
|
|
| Written by Azmi Ahmad | |
| Monday, 08 February 2010 | |
|
Pada 2 Februari 2010 yang lalu telah berlangsung majlis Sambutan Hari Kualiti, Inovasi & Aprisiasi JKDM Perlis bagi Tahun 2009. Tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Dato' Md. Noor Hamid, Taman kastam Tiga, Padang Besar itu adalah Datuk Md. Hassim Pardi, Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Penguatkuasaan). Turut hadir bersama memeriahkan majlis ialah Pengarah Kastam Negeri Perlis, Tuan Mohd Isa Endot dan Timbalan Pengarah Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Tuan Mohd Subree Awang. Majlis 3 dalam 1 tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada Warga Kastam Perlis dan Pelanggan Jabatan yang telah memberi sumbangan kepada JKDM Perlis sepanjang 2009 dalam mempertingkatkan kualiti dan inovasi serta peningkatan pungutan hasil. Antara Warga JKDM yang menerima pengiktirafan pada malam itu ialah Mohd Jalil Ismail, Pegawai Kastam Cawangan Import/Eksport Padang Besar yang terpilih sebagai Pegawai Inovasi 2009 dan Pasukan Audit Dalaman MS ISO 9000 JKDM Perlis yang dipimpin oleh Puan Mariana Othman pula terpilih sebagai Pasukan Berprestasi 2009. Syarikat Fermpro (M) Sendirian Berhad dan Syarikat Honda Motor pula terpilih menerima anugerah sebagai Pembayar Cukai Tertinggi manakala Syarikat Jaya Enterprise dipilih sebagai Agen Penghantaran Berkualiti. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Md.Hassim Pardi. |
|
| Last Updated ( Monday, 08 February 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|