Skip to content

 

Laman Utama
G2 (JITU) JULANG NAMA JABATAN KASTAM DI KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 PDF Print E-mail
Written by Azmi Ahmad   
Thursday, 26 November 2009

Image

Kumpulan G2 mewakili Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perlis sekali lagi menjulang nama JKDM apabila berjaya muncul sebagai Johan bagi Kategori Teknikal seterusnya meraih Anugerah Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Konvensyen Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan Ke-26 Tahun 2009 yang berlangsung di Ipoh pada 9-11 November 2009 lalu.

Panel juri yang menghakimi konvensyen juga telah memberi pengiktirafan pencapaian 4 Bintang kepada projek yang dihasilkan  G2 iaitu ‘Sistem Kawalan Masuk/Keluar Kenderaan Dagangan Di Unit Dagangan Jalanraya Stesen Padang Besar Kurang Berkesan’.

Dengan kemenangan tersebut, G2 yang dianggotai 10 ahli dengan di ketuai oleh Radin Sukimi Che Saad, Pegawai Kastam di Cawangan Import/Eksport, Stesen Padang Besar menerima  Piala Pusingan Ketua Setiausaha Negara, sebuah piala iringan disamping hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000.00. Fasilatator kumpulan tersebut, Tuan Azmi Ahmad pula telah dinobatkan sebagai Fasilitator Terbaik bagi Kategori Teknikal pada konvensyen tersebut.

Hadiah-hadiah kepada pemenang anugerah disampai sendiri oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

 

ImageBagi Kumpulan G2, penyertaan kali pertama bagi kategori Teknikal di Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan (dulunya dikenali sebagai Konvensyen KMK) sejak ditubuhkan pada November 2002 ternyata membuahkan hasil yang amat membanggakan. Sebelum ini Kumpulan G2 telah lima kali mewakili Negeri Perlis bagi Kategori Pengurusan KMK di mana pencapaian terbaik mereka adalah pada Tahun 2005 apabila muncul sebagai Naib Johan bagi Kategori Pengurusan serta merangkul Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Projek ‘Sistem Kawalan Masuk / Keluar Kenderaan Dagangan Di Unit Dagangan Jalanraya (UDJR) Stesen Padang Besar Kurang Berkesan’ yang dipersembahkan pada konvensyen ini dimulakan pada November 2008 dan pelaksanaannya memakan masa selama 8 bulan.

Sebelum ini, kemasukan kenderaan ke Kompleks UDJR dilaksanakan secara manual di pintu masuk dan didapati ianya kurang effisien dengan petugas terpaksa membuka/menutup pintu gate setiap kali kenderaan dagangan tiba serta membuat pendaftaran rekod kenderaan secara manual. Memburukkan lagi keadaan apabila kawasan parkir yang ada agak terhad dan menyebabkan kenderaan dagangan diparkir secara berselerak seterusnya proses pelepasan menjadi tidak teratur.

Justeru bagi mengatasi keadaan yang timbul, kumpulan ini telah mengemaskini kaedah atau sistem kawalan dan pemantauan kenderaan dagangan yang masuk ke Kompleks UDJR disamping memastikan semua kenderaan berkenaan menjalani proses pengikraran kepada pihak Kastam sebelum diberi pelepasan keluar.

Kumpulan G2 juga telah membangunkan C2 (SITU) iaitu Sistem Kawalan Keluar Masuk Kenderaan Berkomputer  yang berasaskan link system antara pintu masuk, pejabat operasi dan pintu keluar dengan menggunakan ‘wireless’. Sistem ini disambung terus ke palang gate pintu keluar yang dikawal secara automatik. Bagi mengatasi masalah kenderaan yang diparkir berselerak, satu kawasan untuk Pelepasan Sistem Keutamaan atau SISPEK berdekatan kawasan penempatan mesin pengimbas disediakan untuk memastikan kenderaan dagangan diparkir secara teratur dan pemantauan mudah dilakukan.

Projek yang dihasilkan oleh G2 bertepatan dengan pendekatan baru pihak penganjur iaitu INTAN yang menggantikan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Kejayaan G2 dengan muncul sebagai Juara Konvensyen KIK juga selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi fokus kepada peningkatan inovasi dan kreativiti di agensi-agensi kerajaan dan bukannya hanya sebagai kumpulan yang menumpukan kepada proses penyelesaian masalah dalam organisasi. Dengan itu, ianya akan dapat membantu merealisasikan usaha Kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara berteraskan inovasi, iaitu selaras dengan hasrat menjadikan Tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti Malaysia.

Sekilas Info G2 :

Ditubuhkan – 2002

Johan Konvenvensyen KMK Negeri Perlis – 2003, 2005, 2007,2009

Johan Konvensyen KMK JKDM – 2008

Anugerah Emas 3 Bintang NPC Peringkat Kebangsaan - 2007

Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam : 2005

Anugerah Ketua Setiausaha Negara : 2009

Last Updated ( Saturday, 28 November 2009 )
 
< Prev   Next >

Webmail

Login

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Aktiviti KDRM Perlis

 

Info Terkini

Bengkel MKSP ISO 9001:2008 KDRM PERLIS - 12 Oktober - 14 Oktober 2009

LAWATAN AUDIT MAMPU UNTUK PROJEK KMK PERINGKAT KEBANGSAAN- 26 Oktober 2009

AUDIT MS ISO 9001:2008 DARI SIRIM QAS SDN BHD- 28 Oktober - 29 Oktober 2009

Kalendar Aktiviti

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Mutiara Kata

"Men learn nothing from victories, but everything from defeat" - Tsun Zu

"Nothing great was ever achieved without enthusiasm" - Ralph Emerson

"Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion" - Muhammad Ali

"Death is nothing, but to live defeated and inglorious is to die daily" - Napoleon Bonaparte

"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning" - Albert Einstein

"You have to do your own growing no matter how tall your grandfather was" - Abraham Lincoln

"Patience is the support of weakness; impatience the ruin of strength" - Charles Colton

"But all your strength is weakness itself against" - Sophocles

"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya" - Mahathir Mohamad

Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for.
Peter F. Drucker

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Kaizen is like a hotbed that nurtures small and ongoing changes, while innovation is like magma that appears in abrupt eruptions from time to time.
Masaaki Ima

It is the quality of our work which will please God and not the quantity.
Mahatma Gandhi

Quality means doing it right when no one is looking.
Henry Ford

If you can not describe what you are doing as a process, you do not know what you are doing.
W. Edwards Deming

 

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Quality is not an act. It is habit.
Aristotle

We have 12 guests online