| T2C Dan Evolusi'09 Akan Wakili Perlis Ke Konvensyen KMK Jabatan Kastam 2009 |
|
|
|
| Written by Azmi Ahmad | |
| Wednesday, 30 September 2009 | |
|
Kumpulan KMK T2C dari Bahagian Penguatkuasaan, Perlis dan Kumpulan Evolusi'09 dari Agensi Kastam, UPP Perlis telah mengesahkan penyertaan mereka pada Konvensyen KMK Jabatan Kastam Malaysia 2009 yang akan di adakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia, Bukit Baru, Melaka. Pada konvensyen tersebut T2C akan mengenengahkan projek KMK 'Pengendalian Stor Penguatkuasaan Kurang Efektif' sebagai projek bagi Kategori Teknikal manakala Kumpulan Evolusi'09 pula mengemukakan projek 'Kelewatan Penghantaran Surat Dari Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Ke Ibu Pejabat UPP Perlis Dan Sebaliknya' untuk projek Kategori Pengurusan. Ini merupakan penyertaan sulung bagi kedua-dua kumpulan dalam mana-mana konvensyen KMK yang diadakan. |
|
| Last Updated ( Wednesday, 14 October 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|