| Lawatan Audit Kualiti Jabatan Bengkel MKSP ISO 9001:2008 Kastam Perlis |
|
|
|
| Written by Azmi Ahmad | |
| Wednesday, 14 October 2009 | |
|
13 Oktober 2009 (Selasa) : Kunjungan oleh pasukan audit kualiti jabatan yang diketuai oleh Pengarah Kastam, Cawangan Kajian Korporat Ibu Pejabat, Tuan Abdul Hamid Salleh. Selama 2 hari di Perlis, pasukan akan membuat auditan berhubung perlaksanaan kualiti dan SSR di JKDM Perlis. Turut bersama beliau ialah PKPK Tuan C.T Ho dan PPK Tuan Mohd Hafizi. Sementara itu Jawatankuasa Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 JKED Perlis telah menganjurkan Bengkel Audit Kualiti Dalaman dan Persediaan Dokumen Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) 2/2009 dari 12 Oktober 2009 hingga 14 Oktober 2009. Ini akan dikuti dengan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Kastam Negeri, Tuan Mohd Isa Endot pada 15 Oktober 2009. |
|
| Last Updated ( Wednesday, 14 October 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|