| Koir An-Nur Juarai Pertandingan Koir Kastam Perlis |
|
|
|
| Written by Azmi Ahmad | |
| Saturday, 01 August 2009 | |
|
Kumpulan Koir An-Nur pimpinan Ku Zali Ku Bulat mewakili Stesen Padang Besar telah muncul sebagai Juara dalam Pertandingan Koir anjuran Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian, Kastam Diraja Malaysia Perlis yang berlangsung di Dewan Dato' Mohd. Noor Abd.Hamid, Taman Kastam 3, Padang Besar pada Jumaat, 31 Julai 2009 semalam. Pertandingan yang julung kali diadakan ini menampilkan 4 Pasukan Koir yang masing-masing mewakili Stesen dan Bahagian Kastam Negeri Perlis. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Ilham Pujangga mewakili Stesen Kangar manakala Kumpulan UPP mewakili UPP Chuping/Padang Besar mendapat tempat ketiga. Kumpulan Suara Kuala mewakili Stesen Kastam Kuala Perlis muncul tempat keempat. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Kastam Negeri Perlis, Tuan Mohd. Isa Endot.
|
|
| Last Updated ( Monday, 03 August 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|