| Kumpulan KMK G2 Ulangi Kejayaan |
|
|
|
| Written by Azmi Ahmad | |
| Saturday, 01 August 2009 | |
|
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) G2 (Jitu), Kastam Diraja Malaysia Perlis sekali lagi muncul juara pada Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Besar, Kompleks Warisan Negeri, Kangar pada 28 Julai 2009 lalu. Kumpulan yang dianggotai oleh seramai 10 ahli dari Cawangan Import / Eksport Padang Besar itu diketuai oleh Radin Sukimi Che Saad dan fasilitator, Tuan Azmi Ahmad telah mempersembahkan projek bagi kategori teknikal bertajuk 'Kawalan Keluar Masuk Kenderaan Dagangan Di UDJR Kurang Berkesan'. Dengan kejayaan tersebut, Kumpulan ini akan mewakili Negeri Perlis ke Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Kebangsaan yang dijangka diadakan di Ipoh, Perak pada akhir tahun 2009 nanti. |
|
| Last Updated ( Saturday, 01 August 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|