Skip to content

 

Laman Utama
Kastam Rampas Hampir RM500,000 Mercun Dan Bunga Api Seludup PDF Print E-mail
Written by BERNAMA   
Wednesday, 29 July 2009

KANGAR ( Rabu Julai 29, 2009 ): Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM486,651 apabila menahan sebuah lori kontena di Jalan Padang BesarChuping, dekat sini, semalam.

Pengarah Kastam Negeri, Mohd Isa Endut, berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota cawangan penguatkuasaan Kastam Kuala Perlis telah menahan lori berkenaan pada pukul 7.15 malam dan hasil pemeriksaan, mendapati bekalan mercun dan bunga api dalam kontena itu.

 

Katanya sejumlah 726 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api disembunyikan di sebalik 235 paket bihun dalam kontena tersebut dengan nilai cukai RM191,711.

Ketika ditemui di sini hari ini, Mohd Isa berkata, pemandu dan kelindan lori berkenaan berusia dalam lingkungan 30an ditahan untuk siasatan lanjut serta merampas dua dokumen palsu.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membawa barang terlarang tanpa permit.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda antara 10 kali ganda dan 20 kali ganda nilai barangan rampasan atau keduadua sekali.

Mohd Isa berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap penyeludupan barangan itu dari negara jiran.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan barangan seludup itu dibawa melalui jalan laut atau pintu masuk haram.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan supaya menghubungi jabatan itu di talian bebas tol 1-800-88-88-55 atau pejabat Kastam Perlis di talian 04-9792500.BERNAMA

 
Last Updated ( Saturday, 01 August 2009 )
 
< Prev   Next >

Webmail

Login

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Aktiviti KDRM Perlis

 

Info Terkini

Bengkel MKSP ISO 9001:2008 KDRM PERLIS - 12 Oktober - 14 Oktober 2009

LAWATAN AUDIT MAMPU UNTUK PROJEK KMK PERINGKAT KEBANGSAAN- 26 Oktober 2009

AUDIT MS ISO 9001:2008 DARI SIRIM QAS SDN BHD- 28 Oktober - 29 Oktober 2009

Kalendar Aktiviti

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Galeri Foto

Mutiara Kata

"Men learn nothing from victories, but everything from defeat" - Tsun Zu

"Nothing great was ever achieved without enthusiasm" - Ralph Emerson

"Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion" - Muhammad Ali

"Death is nothing, but to live defeated and inglorious is to die daily" - Napoleon Bonaparte

"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning" - Albert Einstein

"You have to do your own growing no matter how tall your grandfather was" - Abraham Lincoln

"Patience is the support of weakness; impatience the ruin of strength" - Charles Colton

"But all your strength is weakness itself against" - Sophocles

"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya" - Mahathir Mohamad

Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for.
Peter F. Drucker

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Kaizen is like a hotbed that nurtures small and ongoing changes, while innovation is like magma that appears in abrupt eruptions from time to time.
Masaaki Ima

It is the quality of our work which will please God and not the quantity.
Mahatma Gandhi

Quality means doing it right when no one is looking.
Henry Ford

If you can not describe what you are doing as a process, you do not know what you are doing.
W. Edwards Deming

 

High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances.
D.A. Garvin

Quality is not an act. It is habit.
Aristotle

We have 2 guests online