Sempena dengan kehadiran Aidilfitri pelbagai pihak telah mengadakan Rumah Terbuka masing-masing. Di JKDM Perlis sendiri beberapa bahagian dan stesen telah mengadakan Rumah Terbuka yang diadakan dipejabat.Taman Perumahan Kastam seperti Perumahan Kastam Kangar dan Padang Besar juga tidak melepaskan peluang masing-masing untuk mengadakan rumah terbuka mereka sendiri. Semoga amalan ini akan dapat dijadikan asas kepada hubungan silaturrahim yang lebih erat dimasa akan datang.
Pada 28 Sept 2011 lalu telah berlangsung Persidangan Meja Bulat diantara Pegawai JKDM Perlis dan Pegawai SPRM Perlis. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang tersebut telah diadakan di Dewan Zamzam dengan kehadiran seramai 70 orang pegawai pelbagai pangkat. Para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan telah membahaskan topik yang diberikan yang kemudiannya membentangkan resolusi yang telah dicapai diakhir perbincangan bersama Pegawai dari SPRM.
Majlis Penyerahan dokumen Tugas Pengarah Kastam Negeri Perlis berjalan sempurna pada 13 Sept 2011 lalu di Dewan Zamzam, Kompleks Kastam Negeri, Kangar. Di majlis tersebut Tn Pudzi b Man, Pengarah Kastam Negeri Perlis yang baru bersama Tn. Mohd Isa b Endot telah menurunkan tandatangan masing-masing diatas dokumen serah tugas dengan disaksikan oleh pegawai dan kakitangan JKDM Perlis.
Majlis tersebut dijalankan serentak dengan Perhimpunan Setia Bulan September dan sambutan Aidilfitri dimana PKN Perlis berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada mantan PKN Perlis Tn. Mohd Isa b Endot sebagai tanda terima kasih dan penghargaan dari seluruh warga JKDM Perlis diatas jasa beliau sepanjang 4 tahun menjadi Pengarah Kastam Negeri Perlis.
Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia , Y. Bhg. Dato' Khazali b Ahmad berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis yang diadakan di Dewan Dato' Mohd Noor Hamid di Padang Besar tersebut dihadiri oleh warga jabatan diseluruh Negeri Perlis. Di majlis tersebut, seramai 20 balu warga JKDM Perlis dan 25 orang anak-anak yatim telah diraikan dengan penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Y. Bhg. Datin Rohana bt Mohd Zain isteri kepada Y. Bhg. Dato' Timbalan KPK, PKN Perlis, Mantan PKN Perlis yang juga PKN Kelantan serta Dato' Abd. Aziz Latif, PKN Kedah.
Pada 26 Ogos 2011 lalu, rombongan BAKISKA Perlis telah mengunjungi Rumah Anak-anak Yatim 'HEMBUSAN KASIH' di Kubang Gajah , Arau, Perlis. Tujuan kunjungan seramai 10 orang pegawai itu bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada kira-kira 20 orang anak yatim yang mendiami rumah tersebut sempena kehadiran Aidilfitri. Rombongan BAKISKA telah diketuai oleh Tn. Ilias b Shariff, Pemangku PKN Perlis bersama dengan Tn. Abd. Rashid b Embong, Yang DiPertua BAKISKA Perlis serta lain-lain Ahli Jawatankuasa BAKISKA.
Info Terkini
Bengkel MKSP ISO 9001:2008 KDRM PERLIS - 12 Oktober - 14 Oktober 2009
LAWATAN AUDIT MAMPU UNTUK PROJEK KMK PERINGKAT KEBANGSAAN- 26 Oktober 2009
AUDIT MS ISO 9001:2008 DARI SIRIM QAS SDN BHD- 28 Oktober - 29 Oktober 2009
"Men learn nothing from victories, but everything from defeat" - Tsun Zu
"Nothing great was ever achieved without enthusiasm" - Ralph Emerson
"Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion" - Muhammad Ali
"Death is nothing, but to live defeated and inglorious is to die daily" - Napoleon Bonaparte
"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning" - Albert Einstein
"You have to do your own growing no matter how tall your grandfather was" - Abraham Lincoln
"Patience is the support of weakness; impatience the ruin of strength" - Charles Colton
"But all your strength is weakness itself against" - Sophocles
"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya" - Mahathir Mohamad
Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for. Peter F. Drucker
High quality means pleasing the consumers, not just protecting them from annoyances. D.A. Garvin
Kaizen is like a hotbed that nurtures small and ongoing changes, while innovation is like magma that appears in abrupt eruptions from time to time. Masaaki Ima
It is the quality of our work which will please God and not the quantity. Mahatma Gandhi
Quality means doing it right when no one is looking. Henry Ford
If you can not describe what you are doing as a process, you do not know what you are doing. W. Edwards Deming
Quality is not an act. It is habit. Aristotle